Penternakan Ayam Pedaging



Industri penternakan ayam merupakan sektor ekonomi yang penting kerana ia merupakan bekalan protein yang murah dan berkualiti tinggi kepada penduduk negara. Walaupun pengeluaran daging ayam telah mencapai tahap sara diri semenjak tahun 1981, namun kadar pengeluaran terus meningkat dari tahun ke tahun dengan pertumbuhan sebanyak 2.4% setahun.

Di Malaysia, penggunaan per kapita bagi daging ayam telah meningkat daripada 35.3kg (MoA 2011) kepada 46.6kg untuk tahun 2014 dan dijangka akan terus meningkat. Oleh yang demikian, penternakan ayam pedaging merupakan satu perusahaan yang berpotensi tinggi dan membuka peluang kepada parapeserta yang berminat untuk berkecimpung dalam industri ini.

Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas dalam ternakan ayam pedaging merangkumi aspek-asoek keperluak asas, amalan dan kemahiran ternakan, kawalan penyakit dan kesihatan. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai aliran kewangan dan pulangan pendapatan.

OBJEKTIF

Memperkenalkan Industri Penternakan Ayam Pedaging.

Memberi pendedahan kepada peserta penyediaan keperluan asas penternakan ayam pedaging.

Mempelajari kemahiran asas dalam pengurusan peringkat perindukan anak ayam dan pembesaran.

Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan kesihatan dan kawalan penyakit.

YURAN KURSUS
Yuran Peserta : RM350.00
(Termasuk kos material kursus, nota, makan/minum sepanjang kursus dijalankan)

Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan berserta dengan borang permohonan yang lengkap diisi. Yuran dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia secara TUNAI atau ONLINE. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon menarik diri. Walau bagaimanapun, menggantikan peserta boleh diurus dengan memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus diadakan.

Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi melalui surat / faks kepada Bahagian Urusetia selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus dimulakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Susie Ingsui / Pn. Stefanie Vitalis Tel : 088-291376 / 088-291312 [Pejabat Am] Fax : 088-291354


Penternakan Ayam Kampung



Ayam kampung merupakan komoditi yang mempunyai permintaan dan pasaran tersendiri di Malaysia. Namun demikian, permintaan ayam kampung juga semakin meningkat kerana selain keenakan dagingnya, masyarakat juga semakin prihatin terhadap produk daging yang lebih berkhasiat dan terjamin kesihatannya. Kini ramai penternak mula giat menternak ayam kampung kerana pengurusan lebih mudah dan sifat ayam kampung yang lebih tahan lasak berbanding dengan ternakan ayam pedaging.

Pengeluaran secara komersial serta bantuan daripada kerajaan telah menyumbang kepada perkembangan industri ayam kampung di Malaysia. Oleh yang demikian, penternakan ayam kampung dilihat sebagai satu perusahaan yang berpotensi tinggi kepada peserta yang ingin menceburi bidang penternakan ayam kampung. Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek asas dalam ternakan ayam kampung merangkumi keperluan asas, amalan dan kemahiran penternakan, kawalan penyakit dan kesihatan. Kursus ini juga akan memberi pendedahan mengenai aliran kewangan dan pulangan pendapatan

OBJEKTIF

Memperkenalkan Industri Penternakan Ayam Kampung.

Memberi pendedahan kepada peserta penyediaan keperluan asas penternakan ayam kampung.

Mempelajari kemahiran asas dalam pengurusan peringkat perindukan anak ayam dan pembesaran.

Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan kesihatan dan kawalan penyakit.


YURAN KURSUS

Yuran Peserta : RM350.00
(Termasuk kos material kursus, nota, makan/minum sepanjang kursus dijalankan).

Bayaran yuran kursus mestilah diserahkan berserta dengan borang permohonan yang lengkap diisi. Yuran dibayar lebih awal dalam Ringgit Malaysia secara TUNAI atau ONLINE. Yuran kursus tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon menarik diri.

Walau bagaimanapun menggantikan peserta boleh diurus dengan memaklumkan Bahagian Urusetia secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum kursus diadakan.

Sila hantarkan borang yang telah lengkap diisi melalui surat / faks kepada Bahagian Urusetia selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus dimulakan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Susie Ingsui / Pn. Stefanie Vitalis Tel : 088-291376 / 088-291312 [Pejabat Am] Fax : 088-291354